BUDAK BECA / ISHAK HAJI MUHAMMAD
Series: Siri klasik Pak SakoPublisher: Petaling Jaya, Selangor : The Biblio Press Enterpress, 2023Description: 170 pages ; 20 cmContent type:- text
- unmediated
- volume
- 9789670040363
- 23 899.2333
This record has many physical items (36). View all the physical items.
Mamat bekerja sebagai penarik beca roda tiga. Persahabatannya dengan Mustapha sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran tentang pentingnya menabung di pejabat pos untuk masa depan. Selain itu, Mustapha menasihati Mamat agar belajar membaca, menulis dan seterusnya menimba ilmu. Novel Budak Beca ini berlatarkan masa pada tahun 1950-an, iaitu sebelum dan selepas merdeka.
Karya ini sarat dengan kritikan sosial. Antaranya adalah tentang sikap segelintir masyarakat yang beranggapan jka negara sudah merdeka, mereka akan hidup senang tanpa berusaha. Selain itu, sikap tidak amanah dalam kalangan segelintir pegawai kerajaan dan golongan atasan yang tidak ada bezanya dengan masa kini.
Pak Sako menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit, "Merdeka!" tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak untuk mengisi kemerdekaan.
There are no comments on this title.