POCONG KUNING /
Khairul Aswad Ramli ; Editor: Nor Liana Omar ; Ilustrasi: Chikman Arshad
- 79 pages : illustrations ; 18 cm
- KISAH-KISAH ANGKER : CERITA-CERITA SERAM DAN MISTIK DARIPADA KISAH-KISAH BENAR .
- Kisah-kisah angker : cerita-cerita seram dan mistik daripada kisah-kisah benar .
Demi kebendaan, Iblis menjadi sahabat. Niat utama Zurina hendak bekerja di restoran tomyam terkenal yang terletak di sebuah pekan kecil adalah bagi meringankan beban ayahnya apabila dia mendapat tawaran ke universiti. Jadi, sejurus tamat peperiksaan SPM, dia sedaya upaya meyakinkan ayahnya supaya membenarkan dia bekerja di situ bersama-sama sepupunya, Affa. Awal-awalnya, segalanya berjalan lancar. Namun, akhirnya Zurina diuji dengan sesuatu yang sangat mengerikan sehingga dia hampir-hampir menjadi mangsa, hanya kerana ‘makhluk’ tersebut tidak sukakan perbuatan Zurina dan Affa di restoran itu. Apa yang dilakukan oleh Zurina? Kenapa ‘makhluk’ itu berada di situ? Apa yang sebenarnya berlaku?