TY - BOOK AU - Norruzeyati Che Mohd. Nasir, TI - PRINSIP ASAS DAN PERKEMBANGAN KERJA SOSIAL DI MALAYSIA SN - 9789672210405 U1 - 361.309595 23 PY - 2019/// CY - Sintok, Kedah PB - UUM Press, Universiti Utara Malaysia KW - Social service KW - Malaysia KW - Public welfare KW - Government publications N1 - Includes index; Bibliography: pages [127]-137 N2 - Buku ini memerihalkan tentang prinsip asas kerja sosial, sejarah perkembangan kerja sosial sama ada sebagai disiplin ilmu atau profesion pertolongan profesional dan pendidikan kerja sosial di Malaysia. Disiplin kerja sosial merupakan cabang ilmu sains sosial yang melatih pekerja sosial untuk melakukan praktis intervensi dengan sistem mikro, mezzo dan makro. Matlamat utama praktis kerja sosial ialah meningkatkan kefungsian dan kesejahteraan biopsikososial serta memperkasakan klien yang terdiri daripada kumpulan rentan atau marginal. Pekerja sosial bekerja dalam pelbagai seting seperti sekolah, penjara, hospital, rumah jagaan dan perlindungan kanak-kanak, rumah orang tua dan lain-lain yang memerlukan khidmat pekerja sosial. Sehubungan itu, buku ini sangat signifikan terutamanya kepada mahasiswa yang mengambil kursus kerja sosial, agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan sosial. Keperluan kepada pekerja sosial semakin penting selaras dengan pelbagai isu sosial yang semakin kompleks. Isu tersebut perlu ditangani supaya tidak menjadi barah yang boleh meruntuhkan kemajuan sesebuah negara. Kemampanan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada rakyatnya yang sejahtera dan harmoni ER -