TOK JANGGUT : SERUAN JIHAD DI PASIR PUTEH. 1 / SYED AZHARUL ASRIQ ; DISEMAK PANEL PENYEMAK UPSI: DR. SHAKILA BINTI CHE DAHALAN, PROF DR. KHAIRI BIN ARIFFIN, DR YUNUS BIN SAUMAN @ SABIN, DR. AHMAD FARHAN BIN ABDULLAH @ ZAKARIA
Series: Komik Tok Janggut ; 1Publisher: Batu Caves, Selangor : Must Read Sdn Bhd., [2025]Description: 102 pages : colour illustrations, colour maps ; 21 cmContent type:- text
- still image
- unmediated
- volume
- 9789670078519
- 23 741.59595121
Penasihat British yang ditempatkan dalam pentadbiran di setiap negeri menekan ekonomi penduduk setempat dengan mengenakan cukai yang tinggi. Rakyat jelata semakin tertekan di bawah pemerintahan British. Ketika inilah, munculnya Haji Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, pahlawan yang bangkit melawan British dan menyeru jihad melawan penjajah di negeri Kelantan.
British bukan sahaja masuk campur dalam urusan pentadbiran, malah mereka mengarahkan rakyat Kelantan menyokong dan berdoa untuk kemenangan British dalam Perang Dunia Pertama. Tok Janggut melihat arahan ini sebagai satu penghinaan kepada umat Islam di Kelantan.
British turut mengarahkan Sultan Kelantan supaya melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau bersimpati terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Akhirnya berlakulah apa yang ditakuti oleh British, Tok Janggut dan para pengikutnya bangkit menyahut seruan jihad Uthmaniyyah dan bangkit melawan British di Pasir Puteh!
There are no comments on this title.