Image from Google Jackets

PARAMESWARA : PENGEMBARAAN BERSAMA LAKSAMANA CHENG HO. 3 / SYED AZHARUL ASRIQ ; PENYEMAK: IZNI YUSUF

By: Contributor(s): Series: Komik Parameswara ; 3Publisher: Batu Caves, Selangor : Must Read Sdn Bhd., [2025]Description: 102 pages : colour illustrations ; 21 cmContent type:
  • text
  • still image
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • 9789670078571
Subject(s): DDC classification:
  • 23 741.59595118
Summary: Pada tahun 1405, Laksamana Cheng Ho telah melawat kerajaan Melaka dalam misi kembara mengelilingi dunia. Dalam pertemuan ini, Laksamana Cheng Ho menyampaikan titah Maharaja China, iaitu Maharaja Yongle yang mengiktiraf Melaka sebagai kerajaan yang sah. Dengan lawatan itu juga, hubungan antara Melaka dengan Empayar China semakin erat dan menyebabkan Siam tidak lagi mengancam kerajaan Melaka. Semasa lawatan kali ketiga Laksamana Cheng Ho ke Melaka, beliau telah mengajak Parameswara mengunjungi Nanjing. Rombongan diraja Melaka menghadap Maharaja China di Nanjing pada bulan Ogos 1411. Dalam pertemuan itu, Maharaja Yongle telah mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka yang sah. Hari demi hari, kerajaan Melaka semakin makmur atas kebijaksanaan Parameswara mentadbir negeri dan menjalin hubungan dengan negara lain. Setelah sekian lama mentadbir Melaka, Parameswara meninggal dunia pada tahun 1414. Tampuk pentadbiran Melaka diambil alih oleh anak baginda, iaitu Megat Iskandar Syah. Komik Parameswara 3 memuatkan kisah keagungan dan kegemilangan kerajaan Melaka. Kejayaan ini menjadi tonggak penting dalam memastikan kestabilan serta kesinambungan pemerintahan Melaka walaupun selepas pemergian Parameswara.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
No physical items for this record

Pada tahun 1405, Laksamana Cheng Ho telah melawat kerajaan Melaka dalam misi kembara mengelilingi dunia. Dalam pertemuan ini, Laksamana Cheng Ho menyampaikan titah Maharaja China, iaitu Maharaja Yongle yang mengiktiraf Melaka sebagai kerajaan yang sah. Dengan lawatan itu juga, hubungan antara Melaka dengan Empayar China semakin erat dan menyebabkan Siam tidak lagi mengancam kerajaan Melaka.
Semasa lawatan kali ketiga Laksamana Cheng Ho ke Melaka, beliau telah mengajak Parameswara mengunjungi Nanjing. Rombongan diraja Melaka menghadap Maharaja China di Nanjing pada bulan Ogos 1411. Dalam pertemuan itu, Maharaja Yongle telah mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka yang sah.
Hari demi hari, kerajaan Melaka semakin makmur atas kebijaksanaan Parameswara mentadbir negeri dan menjalin hubungan dengan negara lain. Setelah sekian lama mentadbir Melaka, Parameswara meninggal dunia pada tahun 1414. Tampuk pentadbiran Melaka diambil alih oleh anak baginda, iaitu Megat Iskandar Syah.
Komik Parameswara 3 memuatkan kisah keagungan dan kegemilangan kerajaan Melaka. Kejayaan ini menjadi tonggak penting dalam memastikan kestabilan serta kesinambungan pemerintahan Melaka walaupun selepas pemergian Parameswara.

There are no comments on this title.

to post a comment.