PARAMESWARA : RAJA PENAKLUK SELAT. 2 / SYED AZHARUL ASRIQ ; PENYEMAK: IZNI YUSUF
Series: Komik Parameswara ; 2Publisher: Batu Caves, Selangor : Must Read Sdn Bhd., [2025]Description: 102 pages : colour illustrations ; 21 cmContent type:- text
- still image
- unmediated
- volume
- 9789670078533
- 23 741.59595118
Setelah berjaya membuka negeri baharu yang diberi nama Melaka pada tahun 1400, Parameswara mula mengatur strategi untuk menjadikan Melaka sebuah empayar perdagangan yang maju dan masyhur. Baginda bijak mengenal pasti potensi lokasi strategik Melaka di Selat Melaka. Selain menjadi laluan utama perdagangan antara timur dan barat, kedudukan Melaka juga terlindung daripada angin monsun serta bukit yang tinggi menghadap laut sesuai dijadikan kota pertahanan.
Bagi menggalakkan kedatangan pedagang dari pelbagai negara pula, Parameswara membangunkan infrastruktur pelabuhan yang cekap serta memastikan keselamatan perdagangan bebas daripada ancaman lanun.
Selain itu, kegemilangan Empayar China di timur telah menarik minat Parameswara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu. Perlindungan dan jaminan keselamatan yang diberikan oleh Empayar China menyebabkan pedagang asing semakin percaya terhadap kestabilan politik Melaka.
There are no comments on this title.