MAT SALLEH : KEBANGKITAN ANAK BORNEO. 1 / SYED AZHARUL ASRIQ ; Disemak: Dr Shakila Binti Che Dahalan, Prof Dr Khairi Bin Ariffin, Dr Yunus Bin Sauman @ Sabin, Dr Ahmad Bin Abdullah @ Zakaria
Series: Komik Mat Salleh ; 1Publisher: Batu Caves, Selangor : Must Read Sdn Bhd., [2025]Description: 98 pages : colour illustrations ; 21 cmContent type:- text
- still image
- unmediated
- volume
- 9789670078526
- 23 741.5959521
Includes bibliographical references pages
Kerajaan British mengiktiraf negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang mendapat perlindungan daripada kerajaan British. Mereka memberi surat piagam kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk mentadbir negeri Sabah. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan tidak berpuas hati. Dahulu, mereka berada di bawah pemerintahan Sultan Brunei atau Sultan Sulu, bukannya di bawah kerajaan British. Jadi, mengapa sekarang mereka perlu berada di bawah pemerintahan syarikat negara asing?
Disebabkan SBUB akan membina rel kereta api dan wayar telegraf merentasi seluruh negeri Sabah, mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk negeri Sabah. Perahu yang menjadi pengangkutan penduduk dikenakan cukai serta beras yang menjadi makanan asasi penduduk turut dikenakan cukai. Malah, ramai penduduk tempatan dipaksa bekerja sebagai buruh, namun tidak dibayar gaji.
Bukan sahaja pengenalan cukai yang membebankan, malah para pemimpin tempatan tidak lagi diiktiraf oleh SBUB dan seluruh pemimpin komuniti hilang kuasa dan kedudukan politik. Lantaran kezaliman ini, seorang pembesar besar berjuang melawan penjajah dan mempertahankan hak anak negeri! Beliau ialah Datu Paduka Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh.
Komik Mat Salleh 1 memuatkan awal mula kisah perjuangan Mat Salleh dan para pengikutnya berjuang melawan British di negeri Sabah
There are no comments on this title.