Image from Google Jackets

Tārīkh Shaykh Jalāl al-Dīn : Riwayat Pengembaraan Ke'ilmuan

By: Language: Malay Publisher: Kuala Lumpur : Akademi Jawi Malaysia, 2022Description: xviii, 166 pages ; 22 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • 9789672422310
Subject(s): DDC classification:
  • 23 922 .97595
Summary: Tārīkh Shaykh Jalāl al-Dīn dikarang oleh Shaykh ‘Abdu’Llah Jalāl al-Dīn dan dicetak pada tahun 1345H (sekitar 1926-1927M) oleh Maṭba’ah al-Malāyū, Qāhirah, Meṣir. Naskhah ini merupakan bahagian pertama daripada himpunan 4 buat kitab pengarang yang berjudul Majmu’ Ta’līfat Shaykh Jalāl al-Dīn seperti yang dapat dilihat pada halaman pertama naskhah asal. Tārīkh Shaykh Jalāl al-Dīn bermula dengan merakamkan sejarah hidup pengarang di Johor pada tahun 1331H, sehinggalah tercetaknya Tārīkh beliau ini pada tahun 1345H di Meṣir. Dalam bab yang mencatatkan peristiwa kehidupannya pada tahun 1335H, Shaykh ‘Abdu’Llah Jalāl al-Dīn menyatakan usianya ketika itu baru menginjak 11 tahun, maka perkiraan ringkas menunjukkan tahun kelahirannya adalah pada 1324H (1906-1907M). Tatkala beliau siap menerbitkan karyanya ini di Qāhirah, usianya ketika itu baru ber’umur 21 tahun. Isi kandungannya bukan sahaja membicarakan tentang perjalanan beliau mencari ‘ilmu, dan rintangan-rintangan yang dihadapi untuk melanjutkan pelajaran ke kota Qāhirah, Meṣir yang pada mulanya beliau ingin ke kota Makkah namun tidak kesampaian oleh sebab kesusahan dan ketidaktentuan politik yang melanda ketika itu—malah beliau turut memperihalkan ringkahannya dalam pelbagai bidang ‘ilmu seperti bahasa, kimia dan fotografi. Daripada perkiraan ‘umurnya, beliau telah menguasai cara membuat sabun pada usianya 16 tahun lagi, dan pada usianya 18 tahun sudah pandai membuat sardin, susu tin dan minyak sapi hingga mampu membuka kedai sendiri. Kemudian pada usianya 20 tahun, berbekalkan lebih kurang 500 ringgit, beliau memulakan perjalanan ke Meṣir dengan menaiki kapal laut demi mendalami ‘ilmu. Naskhah ini menampilkan aturan bahasa dan ejaan yang unik dan istimewa. Dalam bab Furū’ Ketentuan Malaya, Shaykh ‘Abdu’Llah Jalāl al-Dīn telah menzahirkan usaha beliau untuk menyusun aturan ejaan Bahasa Jawi yang digunakan dalam karyanya ini—walaupun qa’idahnya sedikit berbeza daripada kebiasaan—namun masih bergalurkan tradisi persuratan Jawi itu sendiri. Menarik untuk dilihat adalah pengarang menggunakan bentuk ejaan yang menampilkan sebutannya mengikut loghat Bahasa Johor. Oleh itu, dalam melakukan perumian ke atas karya ini, pasukan penyunting telah mengambil ketetapan supaya qa’idah persuratan pengarang dapat ditampilkan sebaiknya walaupun disuratkan dalam huruf Rumi.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Collection Shelving location Call number Status Date due Barcode
Book Perpustakaan Alor Setar RFID Pinjaman Dewasa 922 .97595 JAL (Browse shelf(Opens below)) Available A01748793
Book Perpustakaan Sungai Petani Pinjaman Dewasa 922 .97595 JAL (Browse shelf(Opens below)) Available A01748794
Book Perpustakaan Jitra Pinjaman Dewasa 922 .97595 JAL (Browse shelf(Opens below)) Available A01748795
Book Perpustakaan Kulim Pinjaman Dewasa 922 .97595 JAL (Browse shelf(Opens below)) Available A01748797
Book Perpustakaan Langkawi Pinjaman Dewasa 922 .97595 JAL (Browse shelf(Opens below)) Available A01748796

Includes index.

Bibliography: pages 107-110.

Tārīkh Shaykh Jalāl al-Dīn dikarang oleh Shaykh ‘Abdu’Llah Jalāl al-Dīn dan dicetak pada tahun 1345H (sekitar 1926-1927M) oleh Maṭba’ah al-Malāyū, Qāhirah, Meṣir. Naskhah ini merupakan bahagian pertama daripada himpunan 4 buat kitab pengarang yang berjudul Majmu’ Ta’līfat Shaykh Jalāl al-Dīn seperti yang dapat dilihat pada halaman pertama naskhah asal. Tārīkh Shaykh Jalāl al-Dīn bermula dengan merakamkan sejarah hidup pengarang di Johor pada tahun 1331H, sehinggalah tercetaknya Tārīkh beliau ini pada tahun 1345H di Meṣir. Dalam bab yang mencatatkan peristiwa kehidupannya pada tahun 1335H, Shaykh ‘Abdu’Llah Jalāl al-Dīn menyatakan usianya ketika itu baru menginjak 11 tahun, maka perkiraan ringkas menunjukkan tahun kelahirannya adalah pada 1324H (1906-1907M). Tatkala beliau siap menerbitkan karyanya ini di Qāhirah, usianya ketika itu baru ber’umur 21 tahun.

Isi kandungannya bukan sahaja membicarakan tentang perjalanan beliau mencari ‘ilmu, dan rintangan-rintangan yang dihadapi untuk melanjutkan pelajaran ke kota Qāhirah, Meṣir yang pada mulanya beliau ingin ke kota Makkah namun tidak kesampaian oleh sebab kesusahan dan ketidaktentuan politik yang melanda ketika itu—malah beliau turut memperihalkan ringkahannya dalam pelbagai bidang ‘ilmu seperti bahasa, kimia dan fotografi. Daripada perkiraan ‘umurnya, beliau telah menguasai cara membuat sabun pada usianya 16 tahun lagi, dan pada usianya 18 tahun sudah pandai membuat sardin, susu tin dan minyak sapi hingga mampu membuka kedai sendiri. Kemudian pada usianya 20 tahun, berbekalkan lebih kurang 500 ringgit, beliau memulakan perjalanan ke Meṣir dengan menaiki kapal laut demi mendalami ‘ilmu.

Naskhah ini menampilkan aturan bahasa dan ejaan yang unik dan istimewa. Dalam bab Furū’ Ketentuan Malaya, Shaykh ‘Abdu’Llah Jalāl al-Dīn telah menzahirkan usaha beliau untuk menyusun aturan ejaan Bahasa Jawi yang digunakan dalam karyanya ini—walaupun qa’idahnya sedikit berbeza daripada kebiasaan—namun masih bergalurkan tradisi persuratan Jawi itu sendiri. Menarik untuk dilihat adalah pengarang menggunakan bentuk ejaan yang menampilkan sebutannya mengikut loghat Bahasa Johor. Oleh itu, dalam melakukan perumian ke atas karya ini, pasukan penyunting telah mengambil ketetapan supaya qa’idah persuratan pengarang dapat ditampilkan sebaiknya walaupun disuratkan dalam huruf Rumi.

There are no comments on this title.

to post a comment.